Sunday 18 September 2011

Ayat Cantik Punya Pasal....^_^

dah 4 hari aku tak update blog....aaarrgghhhh tekanan haha.apa punca aku tak update blog,takde bahan untuk blog?,malas?,busy sangat dengan kerja?, aku bukan takde bahan,korang tengok sendiri lah minggu nih banyak sebenar nya bahan untuk aku menulis...cuma sikap aku,sikap malas...bukan,sikap terlalu nak ada input kepada pembaca.aku nih jenis yang tak suka tulis benda2 mengarut,tulis benda2 yang takde asal usul.


dalam minggu nih aku dah list beberapa tajuk untuk aku post kan...macam web kerajaan kena hack,web download lagu kena sekat,FB cuti2 1malaysia yang bodoh,pasal perhimpunan bersih yang akan di gangu..banyak,tapi sebelum aku tulis aku kena cari bahan2 yang betol2 sahih.supaya aku tak memfitnah.macam kes minggu nih,ada la mamat kat FB ni post pasal bola,yang ke arah fitnah,so aku sound laaa dia,dia sound aku balik beb.so aku ckp simple je kat die,"tanggungjawab aku dah lepas[tegur mukmin jangan sebar fitnah],terserah pada kau lah".


habis cerita FB tersebut.so dengan sikap aku yang tak suka post benda2 yang tak sahih membuat kan blog aku macam lembab [aarrghh tekanan!!! haha].pasal web kerajaan yang kena hack tu,aku dah byk kumpul bahan sebenar nya,1 hari aku pegi jajah blog2 orang,bukak itu ini.bahan mentah dah cukup tapi nak menyusun ayat ni ya allah memang serabut ayam betol!!!.so simpan sejam,simpan 3 jam..lama2 jadi 24 jam then 48 jam,pastu terus basi alahai niv.nak ayat cantik punya pasal,4 hari aku tak post apa2 entry.


camtu jugak dengan web download lagu yang di sekat kerajaan...aku dah excited nak post ni,cari bahan,pastu discuss kat FB dengan kawan2 FB,nak dapat input terbaik katakan.bahan dah ada...discuss kemain lama dan berjela2 punya komen.tapi aku simpan jugak.nak ayat cantik punya pasal,sama macam tadi lah peram2 lama2 jadi jeruk basi.adeh...xleh makan beb.bak kata boss aku "good idea,bad design" haha.oleh kerana bad design tersebut maka blog aku pon macam basi.


mintak maaf lah kawan2 & pembaca...aku akan ubah sikap terlalu nak "mengayat" nih hehe.nanti aku try berguru dengan otai2 blogger.camna cara nak update blog secara berkesan & ayat mau cantik.maaf kan aku lagi sekali....POWW!!!

No comments:

Post a Comment